LENCANA SEKOLAH
Lencana SMK Sungai Limau diperkenalkan pada tahun 1982, ianya berbentuk perisai. Dibahagian dalam perisai terdapat dua pelepah kelapa yang dihubungkan oleh gelung rotan. Di ruang tengah antara pelepah terdapat reroda besi yang merangkumi perkataan ilmu. Manakala di bahagian atas perisai tercatat “SMKSL” bererti SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LIMAU. Cogan kata sekolah ini ialah TEKUN, BERDISIPLIN, IKHLAS ditulis di atas pita.
Pelepah
kelapa melambangkan aspirasi. Oleh kerana pelepah kelapa letaknya di bahagian
atas pokok kelapa, ia membawa implikasi bahawa setiap orang harus mempunyai
keinginan untuk berusaha lagi bagi mencapai kecemerlangan mengikut potensi diri
masing-masing. Susunan pelapah kelapa yang rapi melambangkan perpaduan,
seterusnya lambang Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Gelung rotan
melambangkan sukan sebagai satu aspek penting di dalam pendidikan. Semua
pelajar sekolah ini semestinya melibatkan diri di dalam sukan atau aktiviti
kokurikulum supaya dapat memperkembangkan potensi diri mereka dan memupuk sifat
kepimpinan.
Reroda besi
yang merangkumi perkataan ilmu, melambangkan sains dan teknologi. Sebagai ilmu
yang penting di dalam pendidikan seharusnya dicari oleh pelajar-pelajar untuk
memenuhi kehendak Falsafaah Pendidikan Kebangsaan. Cogan kata TEKUN, BERDISIPLIN, IKHLAS adalah
ciri-ciri murni yang semestinya dimiliki oleh setiap pelajar untuk menuntut
ilmu pengetahuan.
Warna-warna
yang terdapat pada lencana sekolah ialah biru, kuning dan merah. Biru
melambangkan ‘Perpaduan dan Keharmonian’, warna kuning ‘Ketaatsetiaan’,
manakala merah melambangkan ‘Keberanian’.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.