Thursday, 24 January 2019

Lencana Sekolah

LENCANA SEKOLAH








Lencana SMK Sungai Limau diperkenalkan pada tahun 1982, ianya berbentuk  perisai. Dibahagian dalam perisai terdapat dua pelepah kelapa yang dihubungkan oleh gelung rotan. Di ruang tengah antara pelepah terdapat reroda besi yang merangkumi perkataan ilmu. Manakala di bahagian atas perisai tercatat “SMKSL” bererti SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LIMAU. Cogan kata sekolah ini ialah TEKUN, BERDISIPLIN, IKHLAS ditulis di atas pita.
Pelepah kelapa melambangkan aspirasi. Oleh kerana pelepah kelapa letaknya di bahagian atas pokok kelapa, ia membawa implikasi bahawa setiap orang harus mempunyai keinginan untuk berusaha lagi bagi mencapai kecemerlangan mengikut potensi diri masing-masing. Susunan pelapah kelapa yang rapi melambangkan perpaduan, seterusnya lambang Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Gelung rotan melambangkan sukan sebagai satu aspek penting di dalam pendidikan. Semua pelajar sekolah ini semestinya melibatkan diri di dalam sukan atau aktiviti kokurikulum supaya dapat memperkembangkan potensi diri mereka dan memupuk sifat kepimpinan.
Reroda besi yang merangkumi perkataan ilmu, melambangkan sains dan teknologi. Sebagai ilmu yang penting di dalam pendidikan seharusnya dicari oleh pelajar-pelajar untuk memenuhi kehendak Falsafaah Pendidikan Kebangsaan. Cogan kata TEKUN, BERDISIPLIN, IKHLAS adalah ciri-ciri murni yang semestinya dimiliki oleh setiap pelajar untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Warna-warna yang terdapat pada lencana sekolah ialah biru, kuning dan merah. Biru melambangkan ‘Perpaduan dan Keharmonian’, warna kuning ‘Ketaatsetiaan’, manakala merah melambangkan ‘Keberanian’.

Tuesday, 15 January 2019

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia



MAKLUMAT DARI KPM-PPPM 2013-2025

9 BIDANG KEUTAMAAN

Dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, sembilan bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil iaitu :

* Memartabatkan profesion perguruan
* Meningkatkan kepemimpinan sekolah
* Meningkatkan kualiti sekolah
* Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran
* Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
* Pembabitan ibu bapa, swasta dan sosial sebagai rakan kongsi
* Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja
* Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan sumber
* Membina kemampuan dan keutamaan sistem penyampaian    

11 ANJAKAN PENDIDIKAN

Bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, kita memerlukan 11 anjakan utama :-

11 Anjakan Utama
Anjakan 1
Menyediakan Kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
Anjakan 2
Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Anjakan 3
Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
Anjakan 4
Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
Anjakan 5
Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan disetiap sekolah
Anjakan 6
Mengupaya JPN, PPD & sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
Anjakan 7
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
Anjakan 8
Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan
Anjakan 9
Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
Anjakan 10
Memaksimumkan kebolehan murid bagi setiap ringgit
Anjakan 11
Meningkatkan ketelusan untuk akuantabiliti awam secara langsung

LAGU SEKOLAH


LAGU SEKOLAH
  
Di hamparan luas nan hijau
Kicauan unggas yang girang
Di banjaran gunung membiru
Sungguh indah dipandang

Berdiri megah bermadah
Gedung ilmu bak sejambak
Mewarnai kami semua
Menuju pulau cita
c/o
Ibu bapa dan guru semua bersatu
Pelajarnya beribu matlamatnya satu
Cogan kata dikota
Budaya kami semua
SMK Sungai Limau

Ilmu bakti dicurah balas tak dipinta
Gigih memimpin kami tak mengira masa
Ikrar dan janji warga pelajarnya berjasa
Agama dan negara

Berilmu berakhlak berihsan
Misi azimat bernada
Sekolah kebanggaan semua
SMK Sungai Limau

 (Ulang c/o hingga tamat)
SMK Sungai Limau

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR



PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR

BIL
PROGRAM/ AKTIVITI
TARIKH PELAKSANAAN
PENYELARAS/ TINDAKAN
1.
Perjumpaan khas pelajar bersama pihak pengurusan mengikut keperluan/kes
Sekurang-kurangnya sebulan sekali bersama pihak pengurusan sekolah yang bertugas
PKP, PK HEM, PK KO, PK Petang
Guru bertugas mingguan
2.
Orientasi Murid Tingkatan 1
Orientasi Murid Tingkatan 4
Orientasi Pelajar Tingkatan 6
Jan : Minggu 1

Mei
Kaunselor
Penyelia tingkatan
3.
Program Remaja Mumtaz
Tingkatan 1 & 2
Mac : Minggu 1
Kaunselor & Panitia Pendidikan Islam
4.
Program Sekolah Penyayang
“Hadiah Hari Lahir”
Diedarkan pada setiap bulan bermula Januari-November
Kaunselor & JK Sekolah Penyayang
5.
Program Cakna Ponteng
Tingkatan 1- 6
Jan – November
Kaunselor
Guru Tingkatan
6.
“Program Cakna Diri”
bersama LPPKN
Feb : Minggu 2
Kaunselor
7.
Program Qiamullail
Tingkatan 1 – 6
Feb: Minggu 2
April : Minggu 3
Panitia Pendidikan Islam & Kaunselor
8.
Sekolahku Rumahku
Feb – Oktober
AJK Keceriaan Kelas
9.
Motivasi Remaja
Tingkatan 3, 4 dan 5
Mac : Minggu 2
Kaunselor
Penyelia tingkatan
10.
Watikah Perlantikan & Kursus Kepimpinan PRS
April :  Minggu 1 & 2
Kaunselor
11.
Remaja Bebas Dadah
bersama AADK
Jun : Minggu 4
Kaunselor
12.
Semanis Kurma Ramadhan
Sepanjang Bulan Ramadhan
Kaunselor
Guru Pendidikan Islam
13.
Pemantapan Sahsiah
Tingkatan 1 & 2
Julai: Minggu 2
Kaunselor
AJK Program
14.
Pemantapan Sahsiah
 Tingkatan 3, 4 dan 5
Ogos: Minggu 3
Kaunselor
AJK Program
15.
Kaunseling berfokus tingkatan 1-6
-          Akademik
-          Sahsiah & Disiplin
Sepanjang tahun
Kaunselor
16.
Ujian Psikometrik Tingkatan 1-5
Sepanjang tahun
Kaunselor
17.
Program Suluh Diri
Oktober
Minggu : 5
Kaunselor

18.
Program Penutup Tahun 2019
Minggu akhir persekolahan sesi 2019
Kaunselor

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK



PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK

BIL
AKTIVITI
PELAKSANAAN
TINDAKAN
1.
Post Mortem /Dialog Prestasi
(guru & pelajar) AR1,AR2,AR3
Seminggu selepas  analisis keputusan ujian penilaian
Guru mata pelajaran
2.
Program Penetapan Target PT3, SPM & STPM
Minggu 5 bulan Januari

Kaunselor  dan Semua guru mata pelajaran
3.
Crack the Dawn Class (CD- C)
Minggu 3
Guru mata pelajaran
Tingkatan 3,5 dan 6
4.
Strive for Excellence (S-4-E)
Selepas sesi persekolahan
Tingkatan 3, 5 & 6
Minggu 1 bulan Mac
S/u dan guru mata pelajaran Tingkatan 3, 5 dan 6
5.
Kelas Kepungan Kasih  (K3)
(Jumaat/Sabtu)
Minggu 1 bulan Februari
Guru mata pelajaran
6.
My  Secret of Success Holiday Package – My SoS
Tingkatan 2, 3, 5 dan 6
Bulan Mac, Mei dan Ogos
Guru mata pelajaran Tingkatan 2, 3 dan 5.
7.
Zoom In Class
Tingkatan 3, Tingkatan 5
& Tingkatan 6
Selepas Peperiksaan Pertengahan tahun dan Percubaan SPM
Selepas keputusan penggal 1 dan 2
Guru mata pelajaran Tingkatan 3, 5 dan 6
8.
Bengkel Folio PSV
Minggu 3 Mac hingga
Minggu 3 Jun
Kaunselor , Penyelia Tingkatan & Guru PSV
9.
Bengkel pemantapan penggunaan Calculator Saintifik
Tingkatan 3, 4 &  Tingkatan 5
Minggu 2 Mac
Minggu 2 April
Panitia Matematik
10.
Bengkel Teknik Jawab Soalan
Tingkatan 5
Bulan April
Bulan Julai
Guru Mata Pelajaran
11.
Perjumpaan Khas Pengurusan bersama pelajar mengikut kumpulan pencapaian
Tingkatan 3, 5 dan 6
Seminggu  selepas analisa keputusan
Penyelia tingkatan, kaunselor dan pengurusan
12.
Program Jaya Waris
Minggu 4 Bulan Jun
Semua Guru Tingkatan
13.
Let’s Soar SPM
Minggu 1 bulan September
Guru mata pelajaran
14.
Majlis Solat Hajat , Penyerahan Slip Keputusan Peperiksaan Percubaan PT3, SPM & STPM dan Restu Ilmu
PT 3 -Minggu 3 September
SPM & STPM –Minggu 1 Oktober
Kaunselor dan Penyelia Tingkatan
15.
Final Countdown SPM & STPM
September, Oktober & November
Guru Mata Pelajaran
Tingkatan 5 dan 6

Misi dan Visi Sekolah

        MISI DAN VISI SEKOLAH VISI " Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera "   MISI ...